Corylus
| Bunduk | |
|---|---|
| Bunduk biasa (Corylus avellana) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Sinonim[1] | |
|
Lopima Dochnahl |
Bunduk (Jawi: بوندوق) ialah jenis pokok daun luruh dan renek besar berasal dari kawasan-kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara; spesies-spesies jenis pokok ini digolongkan dalam genus Corylus[2] keluarga Betulaceae,[1][3][4][5][6] tetapi ada beberapa ahli botani yang meletakkan genus tersebut dalam keluarga Corylaceae yang berasingan.[7]
Buah-buah dari pokok spesies genus ini menghasilkan sejenis kacang keras. Pokok-pokoknya juga ditanam menghiasi tepi jalan-jalan dan taman-taman.[8] Sebanyak lebih satu juta hektar tanah ditanam pokok-pokok kacang ini pada tahun 2019.[9]:1
Nama bunduk dipinjamkan daripada nama بُندُق bunduq dalam bahasa Arab,[2][10] ia diserap daripada nama فندق funduk dalam bahasa Parsi meminjamkan nama Ποντικόν κάρυον Pontikón káryon yang bermaksud "kacang Pontos" dalam Bahasa Yunani; Pontos merupakan kawasan bergunung-ganang dan bertanah subur di Anatolia yang penuh dengan pokok-pokok jenis ini.[11][12]
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok-pokok bunduk beranting lembut, helai-helai daunnya mempunyai tepi yang bergerigi dan bahagian bawah yang berbulu.[2]
Bunga-bunga jantan pokok jenis untai berbentuk silinder, bunga-bunga betina mempunyai sulur-sulur merah.[2]
- Katkin jantan spesies Corylus avellana
- Bunga betina spesies C. avellana
Buahnya berkulit keras seperti kayu, kulitnya boleh dibelah mendapatkan isi kacang yang boleh makan.[2] Isirong kacang sebanyak 33.20% sehingga 49.5% daripada buah, terutamanya kultivar-kultivar pokok yang tumbuh dekat kawasan pesisiran Laut Mediterranean.[13]:377–378
- Daun-daun dan buah muda Corylus colurna yang berduri.
- Buah-buah kacang bunduk setangkai
- Buah kacang bunduk C. avellana yang dibelah dua
- Kacang-kacang buah spesies Corylus
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Kacang-kacang jenis pokok ini terkenal dalam catatan anak didik Hippokrates yang diterjemahkan ilmuwan-ilmuwan Islam.[12][14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "Corylus L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2025. Dicapai pada 17 November 2025.
- 1 2 3 4 5 Ghaleb 1988, m/s. 227.
- ↑ "Corylus". Germplasm Resources Information Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2009.
- ↑ Chen, Zhi‐Duan; Manchester, Steven R.; Sun, Hai‐Ying (Ogos 1999). "Phylogeny and evolution of the Betulaceae as inferred from DNA sequences, morphology, and paleobotany". American Journal of Botany. 86 (8): 1168–1181. doi:10.2307/2656981.
- ↑ Rushforth, K. (1999). Trees of Britain and Europe. Collins. ISBN 0-00-220013-9.
- ↑ Huxley, A., penyunting (1992). New RHS Dictionary of Gardening. Macmillan. ISBN 0-333-47494-5.
- ↑ Bean, William Jackson; Taylor, George (1976). Trees and Shrubs Hardy in the British Isles. 1 (ed. 8). London, England, UK: J. Murray. ISBN 0719517907. OCLC 103403.
- ↑ Thomson, Tamsin Hope (19 Mac 2024). "How to Grow a Hazel Tree". Gardeners' World. BBC Studios. Dicapai pada 18 Ogos 2026.
- ↑ Biagetti, Elisa; Pancino, Barbara; Martella, Angelo; La Porta, Ilenia Maria; Cicatiello, Clara; De Gregorio, Tommaso; Franco, Silvio (Julai 2023). "Is Hazelnut Farming Sustainable? An Analysis in the Specialized Production Area of Viterbo". Sustainability. 15 (13): 1–10. doi:10.3390/su151310702.
- ↑ Lihat:
- Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar. m/s. 43. ISBN 967-65-7321-3.
- al-Marbawi, Mohamad Idris bin Abdul Rauf (1931). "بُنْدُقٌ". Kamus Al-Marbawi. Mesir: Syarikat Mustafa al-Babīy al-Halabīy. m/s. 66.
- ↑ "Hazelnut". Encyclopaedia Iranica. XII. m/s. 96–97, Fasc. 1.
- 1 2 Totelin 2009, m/s. 161.
- ↑ Król, Katarzyna; Gantner, Magdalena (August 2020). "Morphological Traits and Chemical Composition of Hazelnut from Different Geographical Origins: A Review". Agriculture. 10 (9): 375–391. Bibcode:2020Agric..10..375K. doi:10.3390/agriculture10090375.
- ↑ Bos, Gerrit; Käs, Fabian; Lübke, Mailyn; Mensching, Guido, penyunting (2020). Marwān ibn Janāḥ: On the nomenclature of medicinal drugs (Kitāb al-Talkhīṣ). BRILL. m/s. 353. ISBN 978-90-04-41334-4.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Ghaleb, Edouar. الموسوعة في علوم الطبيعة (dalam bahasa Arab, Latin, dan Inggeris). 1. Beirut, Lubnan: Darul Masyriq. m/s. 227. ISBN 2-7214-2148-4. OCLC 44585590.
- Totelin, Laurence M. V. (2009). Hippocratic Recipes: Oral and Written Transmission of Pharmacological Knowledge in Fifth- And Fourth-Century Greece. Brill. ISBN 978-90-04-17154-1.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Eichhorn, Markus (December 2010). "The Hazel Tree". Test Tube. Brady Haran for the University of Nottingham.