Pergi ke kandungan

Merdeka Film Productions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Merdeka Film Studio
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
Ditubuhkan16 Oktober 1958; 68 tahun yang lalu (1958-10-16)
PengasasHo Ah Loke
Dibubarkan12 Februari 1980; 46 tahun yang lalu (1980-02-12)
Ibu pejabatHulu Kelang, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanUlu Kelang, Malaysia,
Tokoh pentingHo Ah Loke
H. M. Shah
Hasil pengeluaranFilem Melayu hitam-putih dan berwarna
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan skrin
  • Penyuntingan filem
Syarikat indukMerdeka Film Productions
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Merdeka Film Production Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Merdeka Film Studio; ejaan lama: Merdeka Filim Setudio) merupakan sebuah studio perfileman Malaysia yang terletak di Ulu Klang, Selangor. Logo studio ini berasaskan sekuntum bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia.

Sebelum penubuhan Merdeka Film Productions ini, bekas pengarah Cathay-Keris, Ho Ah Loke terlebih dahulu menggunakan perkataan Merdeka dalam menubuhkan syarikat produksinya dengan penubuhan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958. Pada tahun 1959, syarikat produksi ini telah berjaya menerbitkan sebuah filem berjudul Hilang Gelap Datang Terang dengan usahasama produksi Perfini dari Indonesia yang turut menampilkan Dollah Sarawak, Maria Menado, Chitra Dewi, Rendra Karno serta beberapa artis dari Jakarta. Filem tersebut merupakan filem pertama dan terakhir keluaran syarikat berkenaan.

Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan Shaw Brothers. dan Encik H. M. Shah (H. M. Shah kemudiannya menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Studio Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah Tun Tijah arahan Tan Sri L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi terulung Malay Film Productions (MFP) dan Cathay-Keris Film Productions yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung kerjaya seni mereka selepas industri perfileman di Jalan Ampas, Singapura semakin merosot.

Syarikat ini berjaya menerbitkan 89 buah filem Melayu dengan 81 filem hitam-putih dan lapan filem berwarna. Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem Loceng Maut pada tahun 1977. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, Clearwater Bay Studio lebih menumpukan penghasilan filem-filem bertemakan kung fu dan berwarna. Tidak terkecuali juga dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Keadaan diburukkan lagi apabila selepas kematian Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, tiada lagi pengarah-pengarah filem Melayu berkaliber seperti M. Amin, Jins Shamsuddin, Omar Rojik dan S. Kadarisman di mana ada di antara mereka berhijrah ke produksi lain atau membuka syarikat perfileman mereka sendiri. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan dimana Run Run Shaw dan Runme Shaw bersependapat untuk tidak mahu menghasilkan filem-filem di Singapura dan Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah Adik Manja pada tahun 1980 sebelum studio ini dibeli oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1985[1] dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.

Senarai artis

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai artis-artis yang pernah membintangi filem-filem terbitan Merdeka Film Productions mengikut turutan abjad.

LelakiWanita
Abdullah Chik Adibah Amin
Ahmad Dadida Afidah Es
Ahmad Daud Azean Irdawaty
Ahmad Mahmud Chandra Shanmugam
A. K. Jailani Dalila Fazlur Rehman
Ali Rahman Dayang Sulu
Erlina Dewi
Ahmad B Faridah Ucok
A. R. Ayappan Fauziah Ahmad Daud
A. R. Tompel Fazliyaton
Awang Daud Habibah Harun
Arman Yadi Juliana Ibrahim
Abdul Kadir Mamat Julie Faridah
Aziz Jaafar Kasma Booty
Aziz M. Osman Khatijah Hashim
Abdullah Sani Laila Mahzan
Ahmad Tarmimi Siregar Latifah Omar
Bab Mustaffa Mahyon Ismail
Bakar M. Mak Enon
Dali Siliwangi Mariani
Dharma Harun Al Rashid Mariati Abdul Rahman
Dinda Sumantri Minah Mahmud
Ed Osmera Maznah Ahmad
Ebby Saiful
Elias Augustine Lantau
Faizal Hussein Minah Hashim
Ghazali Sumantri Minah Yem
Hail Amir Noor Azizah
Haji Mahadi Noorkumalasari
H. G. Gill Nora Shigim
Hoon Thye Chong Noraini Hashim
Hussein Abu Hassan Noran Nordin
Ibrahim Din Noorizan
Ibrahim Sabtu Norlia Ghani
Ibrahim Joned
Idris Hashim Norsiati
Ismail Mahmud Nozie Nani
Jamil Sulong Noraini Yusof
J. B Yusof Rina Hasyim
Jins Shamsuddin Rohaya Rahman
Kamal Idris Roseyatimah
Kamarul Ariffin Roslina Hamid
Karim Latiff Rosnani Jamil
Latiff Borgiba Ruminah Sidek
Latif Ibrahim Saadiah
Mahmud Jun Salmah Ahmad
M. Amin Saloma
M. Suki Sarimah Ahmad
M. Shahdan Sharifah Hanim
Mokhtaruddin Siput Sarawak
Mustapha Maarof Sharifah Shalina
Nasran Nawi Sophia Ibrahim
Nor Jin Teh Faridah
Noor K.K Uji Rashid
Nyak Othman Umi Kalthum
Omar Rojik Vera Vee
Osman Botak Wan Chik Daud
Omar Shariff Yusni Jaafar
P. Ramlee Zaharah Agus
Raden Sudiro Zaiton Salleh
Rahman B.
Rahim B.
Raja Khalid
R. Jaafar
Salleh Ghani
Sam Bimbo
Sharif Babu
Sivapakiam Dharmalinggam
S. Kadarisman
S. Sudarmaji
S. Rosley
Sonny Abdullah
Shaharuddin Thamby
Tamam Idris
Tony Azman
Ucok Harahap
VI Stanley
Yem Ibrahim
Yusof Bujang
Yahya Sulong
Yusof Haslam
Yusof Latiff
Zulkifli M. Osman
Zulkifli Zain

Senarai filem terbitan

[sunting | sunting sumber]

Era filem hitam dan putih

[sunting | sunting sumber]
Tajuk asalTahunPengarah
Tun Tijah1960L. Krishnan
Abu Nawas1961A. R. Tompel
Keris Sempena Riau1961L. Krishnan
Selendang Merah1962L. Krishnan
Siti Payong1962Salleh Ghani
Ratapan Ibu1962L. Krishnan
Tangkap Basah1963Salleh Ghani
Fajar Menyinsing1963L. Krishnan
Ibu Ayam1963Salleh Ghani
Anak Manja1963Salleh Ghani
Jambatan Maut1963Maroeti
Tun Mandan1964Salleh Ghani
Jauh Di Mata1964Fred Young
Sitora Harimau Jadian1964P. Ramlee
Ragam P. Ramlee1964P. Ramlee
Hujan Darah1964Salleh Ghani
Dajal Suchi1965Dhiresh Ghosh
Masam-Masam Manis1965P. Ramlee
Bumiputra1965Dhiresh Ghosh
Sabaruddin Tukang Kasut1966P. Ramlee
Gadis Langkawi1966Dhiresh Ghosh
Do Re Mi1966P. Ramlee
Nasib Do Re Mi1966P. Ramlee
Sesudah Suboh1967P. Ramlee
Keluarga 691967P. Ramlee
Anak Bapak1968P. Ramlee
Gerimis1968P. Ramlee
Lain Jalan Ka-Shorga1968Jamil Sulong
Amok Tok Nading1968S. Kadarisman
Miang Miang Keladi1968Omar Rojik
Ahmad Albab1968P. Ramlee
Pendekar Empat1968S. Kadarisman
Teratai1968Omar Rojik
Kanchan Tirana1969P. Ramlee
Tunggal1969S. Kadarisman
Bukan Salah Ibu Mengandong1969Jins Shamsudin
Lanang Sejagat1969Omar Rojik
6 Jahanam1969P. Ramlee
Panglima Harimau Berantai1969S. Kadarisman
Keranda Jingga1969Omar Rojik
Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh1969Omar Rojik
Di-Belakang Tabir1970Jins Shamsuddin
Kembang Layu1970S. Kadarisman
Dr. Rushdi1970P. Ramlee
Perintah Seri Paduka1970S. Kadarisman
Tuah Badan1970Omar Rojik
Gelora1970P. Ramlee
Pancha Indera Harimau Berantai1970S. Kadarisman
Asmara Kirana1971Nas Achnas
Khudrat1971S. Kadarisman
Darma Kesuma1971S. Kadarisman
Putus Sudah Kaseh Sayang1971P. Ramlee
Durjana1971Omar Rojik
Pedang Sakti1971S. Sudarmaji
Jangan Tinggal Daku1971P. Ramlee
Belang Pertanda1972S. Sudarmaji
Angkara1972Omar Rojik
Laksamana Do Re Mi1972P. Ramlee
Dang Lenggang1972S. Kadarisman
Chengkaman Maut1972S. Sudarmaji
Anak Ku Suami Ku1972Omar Rojik
Pendekar Sakti1972S. Kadarisman
Darah Panglima1972S. Kadarisman
Satria1973Omar Rojik
Semerah Cindai1973Omar Rojik
Dosa Remaja1973Nas Achnas
Ganjaran1973Omar Rojik
Terbabas1973S. Kadarisman
Semambu Kuning1973Omar Rojik
Bunga Mas1973Nas Achnas
Kelana1973S. Kadarisman
Penyamun Si Bongkok 1973M. Amin
Satu Penentuan1973M. Amin
Puaka1974Omar Rojik
Bujang Tua S.S.1974S. Kadarisman
Jantina1974Nas Achnas
Anak Setan1974Omar Rojik
Mastura1974Nas Achnas
Si Buta1975Omar Rojik
Loceng Maut1976Nas Achnas

Era filem berwarna

[sunting | sunting sumber]
Tajuk asalTahunPengarah
Pertiwi1975M. Amin
Permintaan Terakhir1975Jamil Sulong
Rahsia Hatiku1975Nas Achnas
Jiwa Remaja1975Jamil Sulong
Semalam Di Malaysia1975Nico Pelamonia
Sayang Anakku Sayang1976Jamil Sulong
Cinta dan Lagu1976Jamil Sulong
Adik Manja1980Othman Hafsham

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Razali, Hidir Ali (2024). "Merdeka Filem Studio". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 128–131. ISBN 9789672437871.{{cite book}}: CS1 maint: location missing publisher (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]